comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayi maut, JKM sita taska

Qaseh Aulia meninggal dunia di sebuah taska di Petaling Jaya pada Selasa lalu, selepas mengalami sesak nafas

Oleh: Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengeluarkan notis sita (LAK) terhadap sebuah taska terkenal di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, yang terbabit dalam kejadian kematian bayi berusia dua bulan, Selasa lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil bermula Isnin selepas pemeriksaan mendapati premis terbabit tidak berdaftar dengan JKM.

“Bermula esok, JKM akan keluarkan notis LAK terhadap taska tersebut. Bagi taska-taska yang tidak berdaftar, tindakan LAK akan diambil dan boleh dikompaun atau didakwa sekiranya masih gagal mengemukakan perakuan pendaftaran taska 21 hari dari tarikh LAK.

“Saya juga menekankan kepentingan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di taska-taska. Namun, pengasuh juga memainkan peranan yang amat penting. Pengasuh taska perlulah berkemampuan, dilatih dengan baik dan memastikan tahap kesihatan mental yang sihat,”katanya dalam satu kenyataan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

Dalam pada itu Nancy berkata, beliau sering menitikberatkan keperluan tentang ekonomi penjagaan, khususnya bagi melatih pengasuh yang lebih berkemampuan.

Katanya, kegagalan sesebuah taska mendaftar dengan JKM menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 6(1) Akta Taska 1984.

Beliau turut memberi amaran kepada semua taska yang tidak berdaftar, bahawa tindakan LAK akan diambil menyebabkan pengusaha boleh dikompaun atau didakwa, sekiranya masih gagal mengemukakan perakuan pendaftaran taska 21 hari dari tarikh LAK.

Terdahulu, Qaseh Aulia Faizul, yang baru berusia dua bulan maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Kota Damansara.

Difahamkan, kejadian itu menimpa Qaseh Aulia pada hari kedua dia dihantar ke taska berkenaan.

Loading...
Terkini