comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bayi masih bertali pusat ditinggalkan di kedai menjual ayam

 

KEMAMAN: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di atas lantai tanpa seurat benang, di sebuah kedai menjual ayam.

Bayi itu ditemukan jam 7.50 pagi oleh pekerja kedai yang beroperasi di kawasan Jabur Kubur, Air Putih, Chukai, Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika ditemui mengesahkan kejadian.

Katanya, bayi itu dianggarkan seberat 3.2 kilogram, cukup sifat dan kini dibawa ke Hospital Daerah Kemaman untuk rawatan lanjut.

“Polis sudah maklumkan kepada semua klinik Kesihatan awam dan swasta bersabit penemuan bayi.

“Jika klinik-klinik berkenaan menerima pesakit wanita yang baru melahirkan anak diminta maklumkan kepada pihak kami untuk bantu siasatan”, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

@buletintv3 Bayi masih bertali pusat ditinggalkan di kedai menjual ayam #buletintv3 #beritaditiktok #buangbayi ♬ original sound – BuletinTV3

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini