Tumpuan :
Nasional

Bayi masih bertali pusat ditemukan di tangga flat

PUCHONG: Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan dalam beg serbaguna di tangga sebuah Flat Puchong Permai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, bayi berkenaan yang cukup sifat itu ditemukan orang awam sebelum memaklumkan kepada polis pada 4.30 petang.

Menurutnya, bayi berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan sudah dibersihkan kerana tiada kesan darah pada badannya di tangga tingkat 10 flat berkenaan.

“Bayi berkenaan sudah dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk rawatan lanjut.

“Bayi lelaki seberat 2.84 kilogram dengan panjang 54 sentimeter itu kini dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk membantu siasatan lanjut.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Inspektor Norhapizah Zulkapli di talian 017-234 0141 atau 03-7862 7222,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini