comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayi masih bertali pusat dibuang di rumah dalam pembinaan

KUALA SELANGOR: Seorang bayi perempuan ditemukan di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan di Kampung Pasir Tuntong, di sini, awal pagi hari ini.

Perkara itu disedari orang awam yang pelik mendengar suara tangisan bayi berkenaan sebelum terkejut menemui bayi masih bertali pusat kira-kira pukul 1.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan itu.

“Ketika ditemukan, bayi itu masih bertali pusat. Tiada pakaian atau nota ditinggalkan di sekitar kawasan itu.

“Pihak polis bertindak menghubungi pasukan perubatan untuk memastikan sama ada bayi itu masih dalam keadaan sempurna atau sebaliknya,” katanya pada sidang media di Dewan Alamanda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Ramli berkata, pasukan perubatan kemudian membawa bayi itu ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan dan pemeriksaan.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Sehubungan itu, Ramli meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ikhwan Mohd. Zuki di talian 019-9699015 atau balai polis berdekatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini