Tumpuan :
Nasional

Bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan di tepi jalan

SEMPORNA: Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di tepi jalan Kampung Keramat, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sobri Zainol, berkata pihaknya menerima makluman daripada orang awam berhubung penemuan bayi lelaki itu pada 1 tengah hari.

“Bayi lelaki seberat 3.1 kilogram yang berbungkus kain itu kemudiannya dibawa ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bayi terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini ditempatkan di hospital itu untuk pemantauan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mohd Sobri berkata, pihaknya kini giat mengesan individu yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu supaya menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna di talian 089-782020 atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohammad Hafizudin Akram Ghafar Ismail, di talian 013-7557293.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini