comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayi baru lahir ditinggalkan di ruang solat masjid 

Oleh: Fazli Ahmad

KUALA LIPIS: Jemaah yang datang untuk menunaikan solat subuh di Masjid Lubuk Kulit di sini hari ini dikejutkan dengan penemuan bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan di ruang solat wanita.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, ketika ditemui, bayi itu diselimut dengan telekung dan diletak di atas sejadah.

Menurutnya, polis menerima laporan penemuan bayi terbabit kira-kira jam 5:30 pagi tadi.

Katanya, keadaan bayi itu baik dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan.

“Bayi terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,”

“Usaha mengesan pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan bayi itu sedang dilakukan,”

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis atau balai berhampiran” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ismail berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang kanak-kanak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini