Tumpuan :
Nasional

Bayi alami masalah depresi seawal usia tujuh bulan

Pakar psikologi Kanak-kanak, Dr Noor Aishah Rosli

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Depresi, gangguan mental, mahupun tekanan biasanya dihadapi golongan remaja atau dewasa namun ramai tidak sedar masalah depresi sebenarnya boleh dialami bayi, seawal usia tujuh bulan.

Meskipun di Malaysia tiada statistik bayi di diagnosis gejala itu seperti negara lain, namun kesedaran itu masih perlu diberikan bagi mengekang masalah ini, Jika lewat dirawat, natijahnya besar kepada sikap serta tingkah laku si anak apabila mereka membesar kelak.

Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan berlaku tanpa disedari, Sama ada kesibukan bekerja, kurangnya perhatian mahupun ilmu mengenai aspek keibubapaan.

Seperti yang dipaparkan hampir setiap hari di media ada sahaja kes membabitkan pergaduhan ibu bapa, penderaan mental dan seksual serta pengabaian kanak kanak.

Ini bukti hidup yang berlaku di dalam negara.

Ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Liza tidak menyangka pergaduhan yang kerap bersama bekas suami sejak awal kandungan anaknya itu adalah penyumbang pembentukan sikap anaknya yang berubah dan sukar diramal.

“Saya tak sangka anak saya yang baru berusia 10 bulan boleh mengalami masalah depresi, saya perasan anak saya ni cepat sensetif dan nampak takut-takut kalau bunyi kuat pun dia akan menjerit dan menangis.

“Sejak keadaan emosi dia terganggu, dia dah mula pilih orang, asyik nak berkepit dengan saya saja. saya sampai ambik cuti satu minggu sebab dia nampak takut-takut dengan orang,”katanya.

Bimbang melarat, dia membawa anaknya itu bertemu pakar psikologi.

“Saya bersyukur bila saya dapat jumpa dengan Dr psykologi, dia membantu saya untuk fahami keadaan anak saya.Malah doktor juga ada membuat penilaian psykologi melalui pemantauan perubahan emosi bermula daripada kelahiran hingga kini,’Katanya.

Menurut Pakar psikologi Kanak-kanak, Dr Noor Aishah Rosli, sejak tahun 2014, seramai 40 bayi disahkan menghadapi masalah depresi sudahpun mendapat bantuan daripadanya.

Katanya kebanyakan bayi yang dikesan mengalami masalah itu membesar dalam situasi perceraian ibu bapa, kerap melihat pergaduhan, kes penderaan di taska, serta bayi yang diabaikan dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa.

“Ramai orang pandang rendah pada bayi, bila kita bergaduh, bercakap benda yang tak elok, alah dia tak faham.. kita selalu pandang rendah pada mereka, itu salah sebenarnya.. dia sebenarnya dah boleh faham cara dia sebagai seorang bayi.

“Jika kekerasan di dalam rumah kerap berlaku, contohnya pergaduhan suami isteri daripada anak tu dalam kandungan lagi dia dah boleh dengar sebenarnya keadaan bunyi bising dan sebagainya.

“Bunyi bunyi negatif itu akan diserap oleh anak, dan boleh memberi depresi kepada mereka.Oleh itu, ibu bapa sendiri perlu mengubah corak kekeluargaan dan interaksi dalam rumah tangga untuk mengelak masalah itu berlaku kepada anak mereka,”katanya.

Katanya, bukan setakat faktor persekitaran yang tidak sihat bahkan pengambilan ubat-ubatan yang diambil ibu mengandung akibat depresi juga boleh menyumbang kepada masalah berkaitan.

Loading...
Terkini