Tumpuan :
Nasional

Bayi 8 bulan meninggal dunia di TASKA

ALOR GAJAH: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Kelemak, di sini hari ini.

Difahamkan, bayi berkenaan baru beberapa hari dihantar ke TASKA terbabit untuk dijaga sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Tinjauan di lokasi kejadian kira-kira jam 7.30 malam ini mendapati pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berada di premis terbabit bagi menjalankan siasatan lanjut.

Dilaporkan, bayi berkenaan akan dikebumikan pada malam ini sejurus selesai proses bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini