comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bayaran tol di Lebuhraya DASH bermula esok – RM2.30 untuk kelas 1

FOTO : NSTP

PETALING JAYA: Selepas dibuka kepada pengguna secara percuma selama 48 hari bermula 14 Oktober sehingga hari ini, kutipan tol di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan bermula esok .

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan memaklumkan kadar dikenakan sama kepada pengguna yang melalui Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara)  dan Plaza Tol Kota Damansara mengikut kelas kenderaan.

 

Kelas kenderaan satu iaitu kereta dicaj RM2.30, lori iaitu kelas dua (RM4.60), treler iaitu kelas tiga (RM6.90), kelas empat iaitu kereta jenis teksi (RM1.20) dan bas iaitu kelas lima dicaj RM2.30.

Kutipan tol dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID.

“Pengguna disaran  memastikan baki kad Touch ‘N Go dan e-wallet mencukupi sebelum memasuki Lebuhraya DASH,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bahagian Operasi Lebuhraya DASH sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol  selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan.

Katanya, pengguna juga dinasihatkan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan di lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer itu lancar .

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi hotline DASH 1300885522.

Loading...
Terkini