comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayaran kenaikan elaun guru KAFA secara tunggakan

Foto hiasan

PETALING JAYA: Pembayaran kenaikan elaun kepada semua guru Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan dibayar secara tunggakan bermula Januari tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui kerajaan negeri sebaik sahaja peruntukan itu diterima.

Menurutnya, Jakim amat memahami kegusaran beberapa pihak mengenai pembayaran kenaikan elaun guru KAFA termasuk bantuan secara one-off kepada imam, bilal, siak dan guru takmir seperti diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2023 lalu.

“Dengan kenyataan ini, Jakim menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan bahawa bayaran bantuan one-off kepada golongan berkenaan tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2023, 24 Februari lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan elaun RM100 bagi 35,000 guru KAFA kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.

Loading...
Terkini