comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayan Baru dilanda banjir kilat lagi

FOTO: Ihsan video tular

BAYAN LEPAS: Beberapa laluan di sekitar Bayan Baru di sini, sekali lagi dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama kira-kira dua jam sejak 2.30 petang tadi.

Antara kawasan yang terjejas adalah Jalan Mayang Pasir, Jalan Mahsuri, Jalan Tun Dr Awang, Kampung Jawa, Lintang Nibong dan Sungai Ara.

Bencana berkenaan adalah kedua dalam bulan ini selepas kali terakhir Selasa lalu.

Menerusi video tular yang dikongsi pengguna jalan raya di media sosial, paras air di sesetengah kawasan meningkat sehingga menenggelamkan tayar kenderaan di situ.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata banjir kilat yang melanda kawasan Bayan Baru itu menimbulkan beban kepada penduduk tempatan.

“Lawatan teknikal sudah dijalankan semalam, malangnya petang tadi (hari ini) banjir kilat berlaku sekali lagi,” katanya menerusi kenyataan media di sini, sebentar tadi.

Tze Tzin berkata sepanjang lawatan itu bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu, pemeriksaan berjaya mengenalpasti beberapa punca masalah.

Katanya, satu mesyuarat Rancangan Tebatan Banjir Bayan Baru akan diadakan Khamis ini bersama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang negeri, Zairil Khir Johari selain JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi mencari penyelesaian komprehensif.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini