comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bau busuk dari stor rupanya mayat lelaki 

 

TUMPAT: Seorang pemilik rumah terkejut bau busuk yang disangka bangkai binatang rupanya mayat seorang lelaki.

Ho Wei Jiat, 34, berkata dia memeriksa rumah miliknya yang dalam proses ubah suai di Taman Kota Kubang Labu, Bandar Baharu Pasir Pekan di sini sebaik menerima aduan dari pekerja bahawa mereka terhidu bau busuk dari tingkat atas rumah itu.

FOTO: NSTP

“Sebenarnya bau itu dihidu sejak semalam lagi dan kami menyangkakan ia bangkai binatang tapi sebaik diberitahu sekali lagi oleh pekerja, saya memberanikan diri naik ke tingkat atas menuju ke stor.

“Saya membuka pintu dan ternampak kotoran berwarna coklat di lantai sebelum kelihatan sepasang kaki manusia dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena, saya segera menghubungi polis,” katanya.

Mangsa tanpa identiti yang berusia dalam lingkungan 40-an ditemukan kira-kira jam 3 petang tadi dalam keadaan kedua kaki dan tangan terikat serta ada kesan darah di lantai selain sudah dihurung lalat.

FOTO: NSTP

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia tidak lebih daripada tiga hari.

“Mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Sementara itu, Wei Jiat berkata, baik pulih rumahnya sudah dimulakan sejak setahun lalu dan dia juga ingin membersihkan bahagian stor kerana mahu menempatkan beberapa lagi pekerja untuk kerja ubahsuai kediamannya itu.

Katanya, walaupun terkejut dengan penemuan mayat itu, dia tetap akan meneruskan kerja ubahsuai rumah namun belum memutuskan sama ada untuk menetap di situ atau tidak.

“Memang terkejut dengan kejadian ini tapi proses ubahsuai rumah tetap akan diteruskan cuma kami masih berkira-kira untuk menetap atau tidak kerana bimbang ibu bapa akan takut,” katanya.

Loading...
Terkini