comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bas rempuh pokok, tiga maut

 

Oleh: Fazli Ahmad

KUALA LIPIS: Tiga maut selepas sebuah bas ekspres dipercayai terbabas dan melanggar pokok dekat Kampung Kubang Rusa, Merapoh dekat sini awal pagi tadi.

Antara yang maut, seorang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata maklumat awal diperolehi bas terbabit dinaiki 18 penumpang dan dua pemandu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Kuala Lumpur.

Menurutnya bomba menerima laporan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 1.55 pagi tadi dan 24 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala lipis serta Gua Musang bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres jenis dua tingkat dipercayai terbabas dan melanggar pokok.

“Maklumat awal dua penumpang dan pemandu bas terbabit meninggal dunia di tempat kejadian,”

“Pasukan bomba mengeluarkan beberapa penumpang tercedera tersepit menggunakan peralatan “rescue tool” dan mangsa dihantar Hospital Gua Musang dan Hospital Kuala Lipis.”

“Hingga kini jumlah penumpang tercedera akibat kemalangan itu belum diperolehi.” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa terbunuh dalam kemalangan itu ialah pemandu Ab Aziz Daud, 63, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd Syukri Mat Noor, 55, dan seorang lelaki warga Bangladesh, Hossain Kamal, 41.

Katanya, mayat diserah kepada polis dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini