Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bas Rapid Penang terbakar

 

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Pemandu dan penumpang sebuah bas Rapid Penang mengalami detik cemas apabila pengangkutan awam itu terbakar di Jalan Burma, petang tadi.

Kejadian bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.10 petang berhampiran Balai Polis Pulau Tikus di Jalan Burma.

“Apabila pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati kebakaran bas Rapid terbakar di bahagian belakang termasuk enjin.

“Pemeriksaan mendapati anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah 50%,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pemandu bas melihat kepulan asap dari bahagian enjin ketika memberhentikan bas untuk menurunkan penumpang.

Pemandu berkenaan mengambil langkah segera dengan meminta semua penumpang turun dan mengosongkan bas berkenaan.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini