HULU TERENGGANU: Bas persiaran jenis Hino yang membawa 31 penumpang terbabas di kilometer 375.5 Lebih Raya Pantai Timur DUA (LPT2).
Seorang penumpang dilaporkan maut, manakala 9 lagi cedera.
Kejadian dipercayai berlaku lima pagi tadi antara Bukit Besi, Dungun menuju ke Ajil di Hulu Terengganu.
Penumpang yang maut seorang wanita dan belum dikenalpasti identitinya.
Setakat ini 9 mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Bas persiaran terbabit membawa 17 lelaki dan 14 penumpang wanita dalam perjalanan untuk ke pulau peranginan.
Keadaan trafik di lokasi lancar dan terkawal ketika ini.
Bas persiaran jenis Hino yang membawa 31 penumpang terbabas di kilometer 375.5 Lebih Raya Pantai Timur DUA (LPT2).
Video: Media sosial
Berita penuh di https://t.co/ssasWFWi3I pic.twitter.com/TFmHPvMLMx
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 19, 2023