comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bas bawa lapan penumpang terbakar

 

PETALING JAYA: Sebuah bas henti-henti terbakar di Jalan Tandang, di sini pagi tadi.

Ketika kejadian bas berkenaan membawa lapan penumpang sebelum pemandunya sempat memberhentikan bas itu untuk menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.17 pagi ini.

Foto: Ihsan Bomba

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah bas Rapid KL yang terbakar 90 peratus.

“Bas dalam keadaan berjalan di mana ketika itu ada lapan penumpang sebelum salah seorang daripada mereka menyedari ada api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Foto: Ihsan Bomba

Ahmad Mukhlis berkata, pemandu kemudian memberhentikan bas itu di tepi tiang elektrik sebelum semua penumpang berjaya menyelamatkan diri.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini