comscore
Tumpuan :
Nasional

Barisan Kabinet dijangka diumumkan selewat-lewatnya hari ini

KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, sebentar tadi.

Kenderaan membawa Anwar bersama beberapa kenderaan polis pengiring dilihat tiba di pekarangan Istana Negara pada jam 8.22 pagi sebelum masuk melalui Pintu Utama.

Beliau dipercayai akan mempersembahkan senarai Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

FOTO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pembentukan barisan Kabinet dijangka diumumkan selewat-lewatnya hari ini bagi membolehkan Jemaah Menteri Kabinet baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong dijangka ke luar negara pada Sabtu ini.

Loading...
Terkini