comscore
Tumpuan :
Nasional

Barang milik warga asing di Pasar Borong KL disita DBKL

Anggota Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL menyita sembilan barangan warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur, pagi tadi. – FOTO: DBKL/ Facebook

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sembilan barangan warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menerusi operasi dijalankan oleh anggota Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, tindakan berkenaan dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1), Undang-undang Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“DBKL turut melakukan satu tindakan pindah halangan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Dua notis tawaran kompaun turut dikeluarkan di bawah UUK 3(1), Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 bagi kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah dan tiga notis penguatkuasaan di bawah Seksyen 46(1)(a), Akta Jalan, Parit dan bangunan 1974 bagi kesalahan mendirikan struktur tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Semua barangan yang disita dan dipindah halangan dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini