Tumpuan :
Nasional

Barang Kawalan: 139 kes di Sabah, nilai kompaun RM20,700 sepanjang Jan 2023

FOTO: KPDN Sabah

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Pemeriksaan barang kawalan seperti ayam, telur ayam dan minyak masak di Sabah terus dijalankan bagi memastikan isu berkenaan bukan bermusim.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah, Georgie Abas berkata sepanjang bulan lalu sahaja sejumlah 139 kes direkodkan membabitkan nilai kompaun berjumlah RM20,700.

Ia hasil pemeriksaan ke atas 8,112 premis membabitkan pelbagai kesalahan dalam operasi pemeriksaan premis perniagaan dan tindakan mengawalselia bekalan dan harga barang kawalan.

“Melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, dan Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai kompaun sebanyak RM20,700.00,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Georgie turut mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah perundangan terlibat

Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Kesalahan gagal meletakkan tanda harga atau senarai harga ke atas barangan yang dijual misalnya boleh didenda ke atas individu oleh mahkamah sehingga RM50,000 dan penjara 2 tahun atau kedua-duanya.

KPDN Sabah jelas Georgie akan terus komited melaksanakan pemeriksaan premis perniagaan dan tindakan mengawalselia bekalan dan harga barang kawalan termasuk keperluan asas di setiap peringkat rantaian.

Ia bagi memastikan keberadaan bekalan barang terutamanya minyak masak, ayam dan telur ayam. Pemeriksaan juga dijalankan bertujuan untuk membanteras aktiviti menyorok barang kawalan bagi

Loading...
Terkini