comscore
Tumpuan :
Nasional

Bapa temui ajal ketika cuba selamatkan anak yang hampir lemas

GEORGE TOWN: Perkelahan berakhir dengan kedukaan.

Seorang bapa yang mahu menyelamatkan anaknya yang hampir lemas bagaimanapun meninggal dunia di Pantai Miami, Jalan Batu Feringgi di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa, Haryadi Salleh, 43, tenggelam sewaktu cuba menyelamatkan anaknya yang berusia 13 tahun.

Anak mangsa diselamatkan dengan bantuan orang awam.

Pegawai Pertahanan Awam Unit Tanjung Bungah (PA) Leftenan Mohd Lili Ibrahim berkata, mangsa ditemukan kira-kira 70 meter dari menara tinjau Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan empat anggota penyelamat mengambil masa hampir 20 minit untuk membawanya ke pantai.

Beliau berkata, mangsa kemudian diberi rawatan awal dan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

“Kes diserah kepada polis sebelum mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bagi tindakan lanjut,” katanya memaklumkan mangsa yang berasal dari Kedah dikatakan datang bercuti ke Pulau Pinang bersama isteri dan anaknya.

Loading...
Terkini