comscore
Tumpuan :
Kes

Bapa maut ketika jemput anak di sekolah

Foto hiasan

BACHOK: Seorang lelaki maut ketika mengambil anaknya di sebuah sekolah di Tawang, petang tadi.

Dalam kejadian itu, Mohd Kamaruzaman Yusof, 40-an, dikhuatiri terkena strok haba selepas mengalami kekejangan secara tiba-tiba sebelum rebah dan meninggal dunia jam 2.06 petang.

Adik mangsa, Marzuki, 32, berkata, pihak keluarga berada di Shah Alam, Selangor dan dalam perjalanan pulang ke kampung selepas mengetahui kejadian.

Katanya, arwah adalah seorang penjual air dan mempunyai empat orang anak.

“Arwah adalah abang sulung daripada 10 beradik dan kami belum tahu kejadian sebenar menimpanya,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, satu kematian membabitkan kanak-kanak berusia 11 tahun di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dipercayai akibat strok haba.

Loading...
Terkini