comscore
Tumpuan :
Nasional

Bapa dan anak lelaki maut dalam perjalanan pulang dari sekolah 

Lokasi kejadian kemalangan yang mengorbankan dua beranak di Jalan Transkrian, Nibong Tebal.-Foto: NSTP/ Ihsan Pembaca

NIBONG TEBAL: Seorang bapa bersama anak lelakinya maut akibat kecederaan parah dalam kemalangan berhampiran sebuah sekolah di Jalan Transkrian, di sini, tengah hari tadi.

Insiden kira-kira 1.30 tengahari itu dikatakan berlaku ketika dua beranak berkenaan yang menunggang sebuah motosikal dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah.

Difahamkan bapa berusia 49 tahun itu mengambil anak lelakinya berusia 9 tahun dari sekolah sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki.

Ketika itu, penunggang motosikal yang membonceng anaknya dipercayai datang dari arah bertentangan sebelum melintas pembahagi jalan.

Pada masa sama datang sebuah kereta jenis Honda Civic yang melalui laluan berkenaan tidak sempat mengelak sebelum merempuh motosikal terbabit.

Kedua-dua beranak itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Terdahulu tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan kemalangan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini