comscore
Tumpuan :
Nasional

Bapa Baby Syifaa direman 3 hari, bantu siasatan dakwaan penipuan

KUALA LUMPUR: Bapa kepada Baby Syifaa atau Nour Rania Asyifaa Yuseri yang ditahan polis semalam berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman, direman tiga hari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata, tempoh tahanan reman bermula hari ini sehingga 12 Julai.

“Kita memohon reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya ketika dihubungi BH.

Semalam, media melaporkan, lelaki berkenaan ditahan jam 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Datuk Seri Ramli dilaporkan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, lelaki terbabit yang juga aktivis memperjuangkan kes penganiayaan didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat yang ditubuhkannya, YY Community Center.

Malah, bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan juga menafikan wang itu digunakan untuk memulakan kerja bagi mewakili kes.

Hafiz berkata, beliau tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya maklum mengenainya selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain sebelum membuat laporan polis berkenaan isu itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini