PUTRAJAYA: Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen akan ditambah daripada RM300 ke RM500 sebulan bagi yang layak.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengumuman itu dibuat bagi membantu meringankan beban mereka atas pengorbanan dan khidmat bakti kepada negara.
“Tidak dilupakan akan pengorbanan dan khidmat bakti anggota tentera, Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bagi Veteran ATM Tidak Berpencen, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.
“Pertimbangan ini dibuat bagi membantu meringankan beban kos sara hidup veteran ATM yang terlibat,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya, hari ini.
Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan bersetuju Skim Saraan Malaysia (SSM) digantikan dengan SSPA sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam.
Selain itu, pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 hingga 42 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.