comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bantuan pasca banjir kepada petani dan penternak dalam tempoh terdekat

SEGAMAT: Bantuan kepada pekebun, penternak dan petani yang terjejas akibat banjir di Johor, awal tahun ini akan diserahkan dalam tempoh terdekat.

EXCO Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, kelulusan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berhubung sumbangan kepada golongan berkenaan.

Beliau berkata, beberapa jabatan dan agensi di bawah kementerian terbabit sudah membuat penilaian kerugian yang dialami golongan berkenaan untuk kelulusan.

“Saya suka mengingatkan kepada petani dan pekebun bahawa apa yang kerajaan sampaikan nanti bukanlah membayar kerugian yang dihadapi oleh pekebun dan petani tetapi hanyalah sebagai bantuan ataupun sumbangan kerajaan kepada mereka yang terjejas dengan banjir bukan kerosakan, jadi saya dimaklumkan bahawa penilaian telah selesai dan in shaa Allah dalam proses terakhir untuk pembayaran,” katanya.

EXCO Johor, Datuk Zahari Sarip.

Sektor pertanian di Johor mencatat kerugian sekitar RM35.5 juta akibat bencana banjir besar yang melanda Johor pada 28 Februari hingga Mac lalu.

Banjir itu turut dikenal pasti menjejaskan seramai 4,862 usahawan tani di negeri terbabit.

Usahawan tani berkenaan meliputi pelbagai subsektor tanaman, penternakan, perikanan dan industri asas tani bimbingan jabatan bawah portfolio sektor pertanian.

Loading...
Terkini