KUCHING: Bantuan pasca banjir kepada peladang dan pekebun kecil diperluaskan kepada komoditi lain seperti koko, lada, getah dan padi yang telah dikenal pasti terjejas akibat banjir.
Bagaimanapun perkara itu perlu dimaklumkan kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk dikenalpasti agar penyaluran bantuan berkaitan dapat dilaksana kepada peladang dan perkebun kecil terlibat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bantuan yang disalurkan itu dilaksanakan menerusi program Tanggungjawab sosial koporat agensi dibawah Kementerian terlibat atau syarikat korporat.
Bantuan terbabit katanya akan melibatkan pengantian peralatan-peralatan perladangan sama ada yang telah rosak atau hilang akibat banjir, sekaligus membantu meringankan beban pekebun terbabit meneruskan aktiviti mereka.
“Yang dijohor memang dah dikenal pasti, jadi kalau ada yang lain kita mengharapkan kepimpinan parti dan masyarakat akan maklum kepada kita kalau ada yang terjejas akibat banjir.
“Bantuan yang kita sediakan ini hanya dalam sektor perladangan untuk komoditi lada koko, getah, kelapa sawit dan sebagainya. Kebiasaannya tanaman kelapa sawit dan getah tidak begitu rosak, hanya peralatannya sahaja yang hilang, itu yang akan kita berikan bantuan,” katanya selepas menyampai Bantuan Khas Awal persekolahan kepada seribu 500 pelajar di kawasan parlimen Petrajaya, di Kuching.
Tambah Fadillah, bantuan kepada peladang dan pekebun kecil kelapa sawit yang terjejas banjir di Johor akan disalurkan selepas banjir di negeri berkenaan reda.