comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bantuan khas penghargaan RM300 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Perdana Menteri berkata, sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Foto hiasan /  NSTP

Manakala,  RM200 untuk golongan pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

”Saya mengarahkan Kementerian Kewangan dapat meluluskan dan salurkan bantuan ini dalam masa 2 minggu dari sekarang”, katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

“Dengan pemberian permulaan ini, diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI, memberi perkhidmatan terbaik, sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan,” jelasnya.

 

Loading...
Terkini