Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan diperluaskan ke kumpulan sukarelawan lain

 

Oleh Zaid Shah Hemat Zulkarnain

Bantuan Khas Kewangan Khas Aidilfitri akan diperluaskan ke kumpulan sukarelawan lain membabitkan Regimen Askar Wataniah (WATANIAH), Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT) dan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu selepas menerima permohonan dari tiga kumpulan tersebut.

“Elaun untuk sukarelawan saya dimaklumkan ada permohonan yang tidak masuk satu wataniah, kedua angkatan tentera, ketiga maritim. Tiga tiga dibawah bantuan Aidilfitri sukarelawan”.

Katanya elaun berkenaan akan dimasukkan dibawah kategori Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika menghadiri Santunan Ramadan Malaysia Madani ke Selangor di Bazar Ramadan PKNS Shah Alam.

Sementara itu, menurut Kementerian Kewangan, seramai 26,000 akan terbabit dalam bantuan khas Aidilfitri itu yang dengan peruntukan RM 7.8 juta dari kerajaan.

Pada 29 Mac, Lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan kali pertama yang diberikan itu menyaksikan setiap anggota akan mendapat bantuan tunai RM300.

Loading...
Terkini