comscore
Tumpuan :
Nasional

Bantuan awal RM50 juta untuk mangsa banjir Kelantan – PM

Anwar beramah mesra dengan mangsa banjir ketika melawat PPS SMKA Lati, hari ini. FOTO: NSTP

PASIR MAS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan awal sebanyak RM50 juta untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu katanya akan diberi terus kepada mangsa banjir.

FOTO: NSTP

“Bagi mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat ini kita meluluskan peruntukan awal RM50 juta.

“Menerusi peruntukan berkenaan, setiap keluarga akan menerima RM1,000 dan tambahan bantuan lain bergantung pada kerugian yang dialami mangsa banjir,” katanya pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Sebelum itu, Perdana Menteri turut melawat Jambatan Lubok Jong  untuk meninjau paras sungai di kawasan berkenaan  yang sebelum ini melimpah.

Difahamkan Sungai Lemal di Lubok Jong sudah surut lebih 1.5 meter sejak semalam.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini