Tumpuan :
Nasional

Banjir termenung: mangsa di Johor kekal 36 orang

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor tidak berubah dengan 36 mangsa daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan kesemua mangsa berlindung di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat, yang dibuka sejak 29 Nov lepas.

“Ini susulan petempatan mereka di Kampung Seberang Batu Badak masih digenangi banjir termenung.

“Selain itu, hanya stesen Sungai Paya Dato di Mersing dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 2.36 meter (trend menurun),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keadaan cuaca di daerah Johor Bahru, Pontian, Segamat, Kluang dan Tangkak dijangka cerah, sementara Muar, Mersing, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Kulai pula diramalkan mendung pagi ini.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini