comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Terengganu masih sama 

Penduduk di atas sebuah jambatan yang ditenggelami air di Kampung Bukit Cerana, Kuala Terengganu. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu masih tidak berubah dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Setiu diaktifkan semula, malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir.

Seramai 14 mangsa membabitkan tiga keluarga dipindahkan ke tiga PPS di daerah itu di Balairaya Kampung Bintang membabitkan dua mangsa daripada satu keluarga, tujuh mangsa daripada satu keluarga di Balairaya Bukit Mak Som dan lima mangsa membabitkan satu keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) Rhu Sepuluh.

Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 621 mangsa membabitkan 147 keluarga berada di 12 PPS di tujuh daerah seluruh negeri ini.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, PPS dibuka di tujuh daerah kecuali Hulu Terengganu satu-satunya daerah belum dilanda banjir di negeri ini.

Mangsa paling ramai ialah di Kuala Terengganu iaitu 232 orang membabitkan 61 keluarga di dua PPS.

PPS di SK Atal Tol menempatkan 213 mangsa daripada 56 keluarga manakala di SK Gong Tok Nasek 19 mangsa membabitkan lima keluarga.

Penduduk menaiki bot memasang pukat untuk menangkap ikan ketika musim banjir di Kampung Bukit Cerana, Kuala Terengganu. – FOTO: NSTP

Bagaimanapun, bilangan mangsa di daerah Besut bertambah kepada 191 orang membabitkan 43 keluarga berlindung di SK Kuala Besut.

Di Kuala Nerus, masih satu PPS dibuka bagi menempatkan 33 mangsa membabitkan enam keluarga ditempatkan di Dewan Sivik Batu Rakit.

Dua PPS dibuka di Marang menempatkan 69 mangsa daripada 18 keluarga iaitu di SK Rawai menempatkan 27 mangsa daripada tujuh keluarga dan di SMK Merchang seramai 42 mangsa membabitkan 11 keluarga.

Mangsa banjir di daerah Dungun kekal dengan dua PPS dibuka menempatkan 62 mangsa membabitkan 12 keluarga iaitu di SK Tok Kah seramai 30 orang daripada enam keluarga manakala 32 orang daripada enam keluarga berlindung di Balairaya Kampung Pelandang.

Di Kemaman terdapat 15 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS dewan orang ramai Kampung Labohan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini