comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Terengganu, 788 mangsa dari tiga daerah kini di PPS

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu 788 mangsa di tiga daerah di negeri ini.

Setakat jam 11 pagi, kesemua mangsa daripada 176 keluarga ditempatkan di 9 pusat pemindahan sementara (PPS) di Setiu, Dungun dan Marang.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Dungun masih merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu seramai 568 mangsa.

Di daerah Setiu, seramai 50 penduduk yang terdiri daripada 11 keluarga berteduh di Surau Kampung Nyatoh.

Sementara di Marang, seramai 199 penduduk berada di PPS.

Dalam pada itu, berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, hanya Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus direkodkan melepasi paras waspada dengan bacaan 2.13 meter (m).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini