comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Selangor, mangsa yang dipindahkan terus meningkat 

Foto: NSTP

KUALA LANGAT: Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor meningkat kepada 692 orang setakat jam 5 petang.

Dalam satu kenyataan oleh Angkatan Pertahanan (APM) Selangor hari ini memaklumkan, ia membabitkan 175 keluarga yang ditempatkan di 9 PPS.

“Sebuah lagi PPS dibuka jam 5.24 petang hari ini di Dewan Orang Ramai Sri Cheeding di sini melibatkan lapan mangsa dari keluarga terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita.

“Keseluruhannya sebuah PPS dibuka di masing-masing di daerah Hulu Selangor, Hulu Langat dan Petaling; Sepang (empat) dan Kuala Langat (tiga),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, jumlah mangsa banjir di Selangor mencatatkan sedikit peningkatan apabila merekodkan seramai 685 mangsa setakat jam 8 pagi tadi.

Daerah yang paling terjejas adalah Sepang dengan 498 mangsa banjir daripada 132 keluarga.

Seramai 256 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil, manakala 104 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Dato’ Ahmad Razali.

Dalam pada itu APM memaklumkan, pemantauan pihaknya mendapati paras air sungai di sekitar daerah ini tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan setakat jam 5 petang.

Loading...
Terkini