KUALA LUMPUR: Beaufort, Sabah menjadi daerah baru yang dilanda banjir selain Segamat, Johor dengan seramai 116 mangsa direkodkan di dua daerah terbabit sehingga jam 3 petang tadi.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan seramai 80 mangsa banjir direkodkan dari Beaufort membabitkan 26 keluarga yang dipindahkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).
36 lagi mangsa direkodkan di Segamat membabitkan 11 keluarga yang dipindahkan di sebuah PPS.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 40 mangsa banjir masih berada di dua PPS masing-masing di Segamat, Johor dan Maran, Pahang setakat jam 8 pagi tadi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.