Tumpuan :
Nasional

Banjir Perak, hanya 1 PPS masih dibuka 

PPS di SK Sungai Tiang Darat dibuka semalam menempatkan mangsa banjir di daerah Bagan Datuk. – Foto: NSTP/Ihsan APM

BAGAN DATUK: Bilangan mangsa banjir di Perak bertambah sedikit  setakat jam 8 pagi ini apabila merekodkan jumlah 15 mangsa daripada tujuh keluarga membabitkan daerah Bagan Datuk.

Ia berbanding jam 6 petang semalam melibatkan 14 mangsa daripada enam keluarga di daerah sama.

Berdasarkan laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, satu pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat di daerah Bagan Datuk jam 3 petang semalam.

PPS itu adalah satu-satunya PPS di Perak yang beroperasi ketika ini.

Kesemua 15 mangsa banjir  kini ditempatkan di sana.

Mereka membabitkan penduduk Kampung Sungai Belukang, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Nipah Darat.

Sementara itu, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tebing Tinggi di daerah Kampar ditutup  jam 4 petang semalam.

Baki tujuh mangsa daripada dua keluarga  di PPS itu sudah pun pulang ke rumah mereka.

Di daerah Manjung, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai pula ditutup jam 6 petang semalam setelah 28 mangsa daripada tujuh keluarga yang berada di PPS itu sejak Isnin lalu dibenarkan pulang.

Loading...
Terkini