ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah mencetuskan kebimbangan penduduk berikutan jalan yang menghubungkan rumah mereka ke lokasi lain dilimpahi air, sekali gus terputus hubungan.
Meskipun kediaman mereka masih belum dimasuki air, namun jalan sememangnya langsung tidak boleh dilalui akibat banjir memaksa beberapa penghuni di Kampung Bukit Mukim Derang berpindah segera ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau.
Seorang penduduk, Aishah Md. Said berkata, dia bersama suami serta lima anaknya terpaksa berlindung di PPS kerana bimbang paras air kian meningkat
”Air tak naik lagi tapi buat persiapan juga lah sebab depa kata takut air akan naik takut jalan dah terputus tak boleh cari makan lagipun pakcik sakit takut malam-malam sat lagi jadi payah pula takut nanti bahaya pula malam-malam,” katanya.
Bagi Mohd Zulhelmi Zahari yang menetap di Temerloh Pahang, dia yang pulang bercuti terpaksa melanjutkan tempoh cutinya bagi membantu ahli keluarga berdepan banjir.
”Sesuai pindah untuk mengelakkan daripada satu, bekalan makanan putus, kedua, bekalan elektrik tak ada untuk bermalam, lagi satu kalau tempat air naik tu, tak ada tempat nak tidur dan berteduh, air bersih pun tak ada, semua dah stop, seeloknya berpindahlah ke tempat yang lebih selamat yang disediakan,” ujarnya.
Rugaiyah Rejab pula berkata, dia pernah beberapa kali ditempatkan di PPS berikutan banjir sebelum ini.
”Makanan tak ada, saya tak sediakan stok pun. Tak tau kata nak banjir macam ni jalan putus-putus, dia kadang-kadang paras peha, dada, tak boleh lalu dah, kereta pun tak boleh lalu dah,” katanya.
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat pagi ini, menyaksikan 1,143 orang daripada 357 keluarga ditempatkan di 11 PPS.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Banjir Kedah, satu lagi PPS dibuka
- Mangsa banjir Kedah meningkat
- Mangsa banjir cecah lebih 700 orang di tiga negeri
- 2 sungai di Kedah lepasi tahap bahaya
- Empat sungai di Kedah melebihi paras bahaya
- Banjir di Kedah: 197 penduduk terjejas
- [VIDEO] Mangsa banjir di Kedah meningkat, 4 sungai lepasi paras bahaya