comscore
Tumpuan :
Nasional

{KEMAS KINI}: Semua PPS ditutup di Sarawak

FOTO: APM Limbang/ Facebook

KUCHING: Banjir di Sarawak pulih dengan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang, ditutup  jam 9 pagi tadi.

Sebelum ini, lapan mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Batu Danau dan Kampung Pandak ditempatkan di PPS itu.

PPS berkenaan mula dibuka  jam 2.30 petang Jumaat lalu selepas beberapa rumah dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.\

Sebelum ini, sebuah lagi PPS iaitu di Dewan Masyarakat Mendamit ditutup jam 12 tengah hari, Ahad lalu.

PPS terbabit dibuka 20 September lalu dengan jumlah mangsa banjir ditempatkan seramai 199 orang.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, berkata pemantauan terus dijalankan  terutama penempatan penduduk di kawasan rendah berdekatan tebing sungai.

Ia berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir berlaku di beberapa kawasan di pedalaman Sarawak pada pagi dan petang ini.

Manakala pada sebelah malam pula hujan lebat dijangka berlaku di satu dua kawasan di pedalaman.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini