Oleh: Zahir Senapiah
KOTA TINGGI: Banjir yang melanda daerah ini sejak minggu lalu kian beransur surut.
Anggota polis bahagian pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti terus menjalankan rondaan ke premis yang terjejas banjir.
Rondaan dibuat secara rutin bagi memastikan premis yang ditinggalkan bebas dari sebarang kejadian jenayah pecah masuk.
Bagaimanapun lima jalan masih ditutup kepada semua kenderaan termasuk Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Sungai Telor, Jalan Semanggar Dalam, Jalan Kampung Kelantan, Jalan Mawai Lama dan Jalan Kota Tinggi Kluang, berdekatan Arked Mara.
Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) masih tidak berubah iaitu 4,733 orang dari 1,299 keluarga yang ditempatkan di 26 PPS.
Paras air di tiga sungai utama masih melebihi paras bahaya.
Antaranya Sungai Linggiu yang mencatat 30.33 meter berbanding paras bahaya 30 meter.
Sungai Kepala Orang di Kampung Sri Jaya direkodkan 8.76 meter berbanding paras bahaya 8 meter.
Manakala Sungai Johor mencatat 2.84 meter berbanding paras bahaya 2.60 meter.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Peniaga rugi, tidak sempat selamatkan barang
- [VIDEO] Bandar Kota Tinggi hampir lumpuh akibat banjir
- [VIDEO] Banjir di Johor bakal bertambah buruk, enam sungai lepasi paras bahaya
- [VIDEO] Mangsa banjir di Kota Tinggi meningkat 4,652 orang setakat 9 malam
- Projek tebatan banjir Kota Tinggi dijanjikan siap 3 tahun lebih awal
- [VIDEO] Sang bedal didakwa muncul di sungai Kota Tinggi