comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir kilat: Satu PPS dibuka di Kulim

Anggota APM Kulim membantu memindahkan mangsa ke PPS Masjid Sungai Seluang di daerah itu selepas kediaman penduduk dinaiki air. – Foto ihsan APM

ALOR SETAR: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kulim yang menempatkan seramai 48 mangsa daripada 12 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain, berkata PPS Masjid Sungai Seluang itu dibuka pada jam 9.55 malam tadi selepas kawasan kampung terbabit dinaiki air.

Beliau berkata, jumlah mangsa banjir itu terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, 10 wanita dewasa, 15 kanak-kanak, lapan warga emas dan lapan bukan warga negara.

Media semalam melaporkan, tiga daerah di Kedah iaitu Yan, Baling dan Kulim dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan lebih sejam.

Bagaimanapun, tiada PPS dibuka di daerah Yan dan Baling setakat ini disebabkan keadaan terkawal.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini