comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir kilat, satu PPS dibuka di Alor Gajah

Foto hiasan

MELAKA: Sebanyak 47 mangsa dari sembilan keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Bukit Balai, Durian Tunggal, Alor Gajah setakat jam 7.30 pagi ini susulan banjir kilat yang melanda sejak malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim dalam kenyataan hari ini berkata, PPS dibuka pada jam 11.30 malam tadi itu menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.

Beliau berkata hujan lebat berterusan menyebabkan air sungai dan parit melimpah di kawasan penempatan yang rendah.

Dalam kejadian hujan lebat jam 4 petang semalam, sebuah kereta mewah turut dilaporkan mengalami kerosakan manakala seorang penunggang motosikal cedera selepas kenderaan tersebut dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Sungai Putat menghala Batu Berendam.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini