Tumpuan :
Nasional

Banjir kilat: PPS dibuka di Raub tempatkan 8 keluarga 

Foto: Balai Bomba Dan Penyelamat Raub/ Facebook

RAUB: Seramai 10 mangsa membabitkan lapan keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tengah malam tadi berikutan banjir kilat di bandar Raub.

Kejadian berlaku ekoran hujan lebat berterusan selama dua jam sehingga menyebabkan air takungan longkang melimpah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub berkata sejak hujan lebat melanda kira-kira jam 8.40 malam itu, pihak berwajib mula melakukan pemantauan sekitar kampung dan taman Raub selain beberapa lokasi risiko berlakunya tanah runtuh di kawasan Sungai Lui.

Foto: Balai Bomba Dan Penyelamat Raub/ Facebook

“Pihak APM membuat pemantauan kejadian banjir kilat di sekitar bandar Raub dan membuat kerja-kerja pemindahan mangsa serta membuka sebuah pusat perpindahan sementara ( PPS) setelah beberapa kawasan perumahan dinaiki air.

“Seramai lapan keluarga membabitkan10 mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS pada jam 11.40 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Loading...
Terkini