Tumpuan :
Nasional

Banjir kilat, penduduk tiga kampung dipindahkan ke PPS Durian Tunggal

Foto ihsan APM Alor Gajah

ALOR GAJAH: Banjir kilat yang melanda tiga kampung di Durian Tunggal di sini malam tadi, menyebabkan 32 mangsa terjejas dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata, hujan lebat berterusan bermula sekitar jam 7.30 malam tadi menyebabkan air sungai dan parit melimpah ke kawasan rumah penduduk yang rendah.

“Setakat jam 7 pagi tadi lapan keluarga membabitkan 32 penduduk terjejas sudah dipindahkan ke PPS di Balai Raya Bukit Balai, Durian Tunggal.

“Mangsa terdiri daripada sembilan lelaki dan 12 perempuan dewasa, dua wanita warga emas, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dan tujuh kanak-kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya melakukan pemantauan di sekitar lokasi banjir bersama agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia.

Katanya, ia termasuk pemantauan paras air di pintu air, sungai serta bersedia dengan segala kemungkinan dalam memastikan keselamatan penduduk.

Loading...
Terkini