SELAYANG: 48 mangsa dipindahkan ke tempat selamat susulan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di Selayang akibat hujan lebat sejak petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.37 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Menurutnya, antara kawasan dilanda banjir kilat adalah di Kampung Selayang Baru, rumah amal Selangor di Batu 7 1/2 Jalan Ipoh, Kampung Laksamana dan Lot 1877 India Settlement.
“Pihak bomba hadir ke semua panggilan kecemasan banjir yang berlaku akibat hujan lebat.
“Anggota bomba berjaya menyelamatkan 48 mangsa banjir ke tempat selamat,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.