Oleh: Kumaran Rajamoney
CHANGLUN: Hujan lebat sekitar 6 petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar pekan Napoh, dekat sini dinaiki air.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi dalam satu kenyataan memaklumkan banjir kilat turut menjejaskan pengguna Lebuhraya Jitra-Changlun dengan radius kawasan terjejas diantara 0.5 hingga 1 kilometer.
“Pemantuan banjir kilat menunjukkan trend air semakin menurun menjelang jam 8 malam tadi. Kejadian dipercayai berpunca dari saluran peparitan yang tersumbat.”
“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di lapangan masih membuat pemantauan ketika ini, dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana keadaan masih hujan renyai,” katanya.
Bilangan rumah yang terjejas juga masih dalam bancian, dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini.
Penduduk di kawasan berisiko bagaimanapun dinasihatkan untuk sentiasa bersedia untuk arahan berpindah sekiranya kejadian banjir berulang.