Strim langsung perkembangan terkini situasi banjir kilat yang melanda Bukit Tinggi bersama wartawan, Nurul Amalina Zainudin dari Pahang.
Oleh: Nurul Amalina Zainudin
BENTONG: Operasi pembersihan giat dijalankan susulan banjir kilat yang melanda kawasan Bukit Tinggi, jam 10 malam tadi.
Tinjauan mendapati, kerja-kerja pembersihan bermula jam 9 pagi dilakukan oleh penduduk, sukarelawan bomba Perting dan beberapa agensi lain.
Dalam kejadian jam 10 malam tadi, hujan yang sangat lebat dan berterusan selama beberapa jam mengakibatkan banjir kilat melanda kawasan sekitar Balai Polis Bukit Tinggi.
Beberapa laluan juga ditutup buat sementara ekoran air sangat deras yang membahayakan lalu lintas.
Jalan di kawasan Janda Baik juga terputus selain berlaku tanah runtuh yang mengakibatkan pokok tumbang serta menghalang laluan.
Kejadian banjir kilat itu turut tular di laman sosial.