comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir kilat di Balik Pulau

Foto ihsan rakyat marhaen Balik Pulau

BALIK PULAU: Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Balik Pulau, Pulau Pinang mengalami banjir kilat.

Menerusi perkongsian Facebook Rakyat Marhaen Balik Pulau menunjukkan beberapa kawasan kediaman dinaiki air sejak jam 3 pagi tadi.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga memaklumkan beberapa jalan utama dinaiki air dan berlaku kejadian pokok tumbang.

Antaranya Jalan P. Ramlee, Jalan Langkawi (Kebun Lama), Taman Rampas (Sungai Pinang), Jalan Perak, Lilitan Stadium and Persiaran Perak (Astaka Stadium).

Foto ihsan rakyat marhaen Balik Pulau

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk diramal berlaku di 6 negeri sehingga pukul 11 pagi, hari ini.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Selain itu, di Perak, hujan lebat juga dijangka berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah serta Kampar,” menurut MetMalaysia.

Loading...
Terkini