comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Kelantan makin buruk, 332 mangsa diselamatkan

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang diselamatkan di Kelantan meningkat kepada 332 orang daripada 84 keluarga.

Kesemua mereka kini ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pasir Puteh, Bachok, dan Machang setakat jam 7.28 pagi ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu merekodkan mangsa paling ramai iaitu 197 mangsa.

Manakala di SMK Beris Panchor menempatkan 39 mangsa  dan SK Sungai Petai (31).

SK Jelawat serta SK Wakaf Raja pula masing-masing membabitkan 30 mangsa dan SK Pak Roman (5).

Menurut laman web rasmi Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang berada paras amaran.

Manakala Sungai Semerak di Pasir Puteh dan Jambatan Melor berada pada paras berjaga-jaga.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini