Tumpuan :
Nasional

Banjir Kelantan: Lebih 200 PPS di tutup, 93 PPS masih aktif

KOTA BHARU: Sebanyak 223 pusat pemindahan sementara (PPS) daripada 316 di Kelantan sudah ditutup dengan 74,969 mangsa daripada 22,581 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing di empat jajahan.

Perkara itu dirujuk menerusi info bencana atau bilik gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan setakat 4 petang tadi.

Menurut sumber JKM negeri, mangsa dibenarkan pulang ke rumah atas faktor paras air sungai surut dan kurang hujan.

Antara lebih 10 kampung di Tumpat yang terkesan dan masih digenangi air sehingga paras dua meter (m) berikutan limpahan air dari Sungai Golok. Foto NSTP

Sementara itu, data itu juga menunjukkan baki 93 PPS yang masih aktif melibatkan empat jajahan termasuk Pasir Mas dengan 44 PPS, Tumpat (46), Kota Bharu (1) dan Bachok (2).

Berdasarkan data berkenaan sejumlah 39,761 mangsa daripada 12,863 keluarga masih ditempatkan di kesemua PPS yang aktif.

Data tersebut merekodkan Tumpat menjadi jajahan paling tinggi bilangan mangsa banjir yang berdaftar di PPS iaitu 20,441 orang daripada 6,446 keluarga, diikuti Pasir Mas dengan 18,866 mangsa daripada 6,289 keluarga.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini