Oleh: Selwam Arjunan
ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir di Kedah terus meningkat ke 779 orang tengahari ini, berbanding 569 orang pagi tadi.
Selain Kubang Pasu dan Sik, daerah Padang Terap dan Pokok Sena turut dilanda banjir membabitkan pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan daerah Kubang Pasu kini merangkumi 552 mangsa dari 190 keluarga.
Mereka yang berasal dari mukim Changlun dan Temin ditempatkan di 8 PPS yang diaktifkan di daerah berkenaan.
Manakala di daerah Padang Terap, 170 mangsa dari 102 keluarga sedang berteduh di 5 PPS.
Sementara itu, 34 mangsa di daerah Sik dan 23 mangsa di daerah Pokok masing-masing ditempatkan di satu PPS di daerah terbabit.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.