comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat jam malam tadi.

Di Selangor, seramai 975 mangsa daripada 232 keluarga berlindung di enam PPS berbanding 960 mangsa pada petang tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mereka terdiri penduduk di Shah Alam, Gombak dan Kuala Selangor.

Di Perak pula, 136 mangsa ditempatkan di empat PPS di Taiping dan Kerian malam ini berbanding 121 mangsa pada petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan PPS terbaharu dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman di Bagan Serai yang menempatkan 28 mangsa daripada sembilan keluarga dari Kampung Air Itam 2 Kiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan malam ini semua daerah di Perak diramalkan mengalami hujan lebat dan ribut petir. -BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini